Ya, itulah yang hangat diperkatakan di sini. Fenomena Homestay sedang melanda seluruh Malaysia. Mari kongsi info di sini.
Marilah sertai komuniti usahawan 1Malaysia! http://www.facebook.com/groups/jual2u/
Saturday, December 22, 2012
Homestay Jauh Lebih Baik daripada Hotel
Wednesday, December 5, 2012
Komuniti Blogger Johor Bahru: HomeStay UTM Skudai - LegoLand Nusajaya: HomeStay Mutiara Rini Skudai
Assalamualaikum, pihak kami ada menyediakan rumah 'HomeStay' di Mutiara Rini, Skudai Johor Bahru. Jenis rumah teres 2 tingkat 4 bilik tidur.Lengkap dengan pelbagai kemudahan. Berdekatan dengan UTM - LEGOLAND - JPO.
KLIK UNTUK TEMPAHAN
'via Blog this'
Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com
Wednesday, November 7, 2012
Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary | Usahawan.com
'via Blog this'
Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com
Tuesday, October 16, 2012
Pelukis Pelan Arkitek
Perlukan pelukis pelan untuk mendapatkan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa tempatan. Sila hubungi 0127030669. Terima kasih..
Monday, September 17, 2012
PROMOSI PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN PERNIAGAAN
http://www.facebook.com/groups/jual2u/
http://www.e-iklan1malaysia.blogspot.com
Tuesday, July 31, 2012
Thriller Workshop Hartanah - Rahsia 41 Formula Jutawan Hartanah Terbongkar!
'via Blog this'
http://www.facebook.com/groups/jual2u/
http://www.e-iklan1malaysia.blogspot.com
Jumpa Penulis Buku WTF? 23 Properties by 30
Tuesday, July 10, 2012
20 amalan murah rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya
'via Blog this'
Tuesday, July 3, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Monday, March 26, 2012
Official Website of Bank Rakyat - One-Stop Bill Payment
ONE-STOP BILL PAYMENT An efficient and easy way to pay your utilities and other bills through:
We accept payments for bills issued by: | |
For payment, go to i-Rakyat |
|
'via Blog this'
Risa Cup Cakes and Bakery-Skudai Johor Bahru-http://www.iklan.hubhalal.com-www.cupcakes.hubhalal.com
Wednesday, March 7, 2012
Johor Premium Outlets
'via Blog this'
http://www.facebook.com/groups/jual2u/
http://www.e-iklan1malaysia.blogspot.com
Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo
Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah", iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.
'via Blog this'
Sunday, March 4, 2012
IE - MART TAMAN UNIVERSITI: Produk Timur Tengah
Produk Timur Tengah
- Cuka delima membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk.
- Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Ini kerana delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
-Unsur flavonoids melindungi otak dan menguatkan memori.
- Cuka delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ianya dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
- Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
- Mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat dan mencegah kanser payudara.
- Membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
- Dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi.
- Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin).
- Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap.
Harga sebotol (500ml) - RM28
'via Blog this'
sponsore by: hubhalal.comMalaysian Halal Products
Friday, February 3, 2012
Peniaga Cina VS Peniaga Melayu di Malaysia | Berita Semasa
Hakikatnya, perniagaan dan bangsa Cina memang tidak dapat dipisah danpeniaga Cina di Malaysia dinafikan keupayaan mereka. Sejak dahulu lagi mereka memang terkenal dengan masyarakat berdagang. Walaubagaimanapun, tidak kesemuanya kerana ada juga Cina miskin dan tak pandai meniaga, tetapi sebahagian besarnya peniaga Cina memang ke hadapan. Sehinggakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memujinya….
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji peniaga Cina yang menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan Malaysia.
“Untuk sekian lama, ahli perniagaan Cina tempatan kita telah menjadi pelabur domestik utama dan tidak salah bagi saya katakan bahawa tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada di tempat di mana ia berada hari ini,” katanya disambut dengan tepukan gemuruh.
Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia Ketiga Cina di Serdang, Muhyiddin menggesa masyarakat itu menjalinkan kerjasama dengan masyarakat bumiputera untuk masa depan negara.
Katanya, masyarakat Cina juga harus menyokong syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sejak lebih 10 tahun kebelakangan ini membuat lebih banyak pelaburan dalam negeri.
“Saya gesa masyarakat peniaga Cina Malaysia untuk terus menjadi rakan kongsi kami dalam membangunkan negara, laburlah negara dan bergabung tenaga dengan kedua-dua ahli perniagaan bumiputera dan GLC,” katanya.
Dalam perniagaan, kalau tiada peniaga tidak akan datang pembelinya. Jika tiada sokongan pengguna, peniaga Cina pun tidak akan ke mana. Jadi maknanya di sini, Masing-masing saling memerlukan. Baik daripada lapangan perniagaan sehinggalah ke politik. Itu sebablah ada :
Cuma yang menjadi persolannya sekarang ini, apa langkah terbaik bagi memastikan jurang di antara sesama bangsa dalam lapangan ekonomi terutamanya orang Melayu supaya tidak tertinggal jauh ke belakang? /Usawan Peniaga Melayu ramai yang dah berjaya tetapi masih belum cukup untuk mendpat pecahan yang “stabil” dalam ekonomi di Malaysia. Apa usaha yang kita lakukan…..
Diharapkan selepas ini :
- Dipermudahkan lagi, urusan kewangan perniagaan kepada bangsa Melayu ini. Elakkan terlalu banyak sangat birokrasi & kepentingan
- Perhebatkan lagi lantikan usahawan Melayu daripada peringkat bawah sehingga mereka betul mahir dan betul-betul berjaya
- Asuhlah Melayu supaya menjadi pengeluar produk antarabangsa dan berat
- Akhir sekali elakkan kayakan hanya 2,3 orang Melayu, Cina & India di Malaysia ini. Agihkan kekayaan negara kepada lebih ramai orang Melayu, Cina & India yang “cukup-cukup makan sahaja”. Supaya jangan ada yang kaya semakin kaya, yang miskin makin melarat.
- Tetapi, yang paling pentingnya untuk berjaya dalam perniagaan adalah sikap dalam diri itu sendiri. Jangan ada sikap hasad dengki, cepat berputus asa dan mengalah sebaliknya mesti cepat mencari jalan penyelesaian mesti cepat mencari alternatif & jalan penyelesaian di atas sesuatu masalah
No man is an island
No man is an island entire of itself; every man is a piece of the continent, a part of the main; if a clod be washed away by the sea, Europe is the less, as well as if a promontory were, as well as a manor of thy friends or of thine own were; any man’s death diminishes me, because I am involved in mankind. And therefore never send to know for whom the bell tolls; it tolls for thee.
Setiap kali apabila membuka topik mengenai lapangan perniagaan di Malaysia.Peniaga Cina jauh meninggalkan peniaga Melayu. Berapa lama kita mahu mendengar perbandingan sebegitu? Adakah Perniagaan ni ibarat objek pejal seperti Berlian/Emas?
Pengeluar/Pengimport -> Pemborong -> Peniaga -> Pembeli
- Bank Hong Leong/Publik Bank: Peniaga Cina pegang, Melayu tak boleh buka bank baru?
- Kilang Top Glove Bhd menghasilkan sarung tangan getah: Peniaga Cina pegang. Tetapi adakah peniaga Melayu tak boleh buka kilang baru?
- Pengimport kain/kamera/computer/Coklat/Susu/Kertas & dll: Peniaga Cina pegang. Tetapi adakah peniaga Melayu tak boleh buka syarikat import baru?
- Pemborong Nestle, Ayam Brand Sardin, Milo, Biskut, Dutch Lady, F&N: Peniaga Cina pegang. Tetapi adakah Melayu tak boleh buka syarikat borong untuk beli dari pengeluar?
Adakah apabila Melayu nak jadi pengimport Cina tak bagi?
Adakah apabila Melayu nak jadi pemborong Cina tak bagi?
Adakah apabila Melayu nak jadi buka kilang Cina tak bagi?
Boleh bagi contoh macam mana peniaga Cina halang untuk peniaga Melayu berusaha merapatkan jurang ekonomi sesama bangsa? Kami kurang bersetuju jika ada yang mengatakan “peniaga Melayu tidak berjaya dalam lapangan perniagaan sebab peniaga Cina”. Hakikatnya berapa banyak orang-orang Melayu kita memegang tampuk kuasa dalam syarikat-syarikat GLC.
Kami berikan contoh :
- Adakah peniaga Cina boleh halang jika PNB meneruskan niat mereka untuk mengambil alih SP Setia Berhad Group?
- Adakah Melayu hanya boleh berjaya dalam perniagaan jika takeover syarikat Cina? Jika bos SP Setia tubuh syarikat baru, adakah syarikat baru tu juga perlu dijual kepada Melayu supaya lebih ramai developer Melayu wujud?
'via Blog this'
Risa Cup Cakes and Bakery-Skudai Johor Bahru-http://www.iklan.hubhalal.com-www.cupcakes.hubhalal.com