Pages

Followers

Monday, August 10, 2009

Rahsia Kekayaan #8: halli Rahsia RM700,000 Pakcik Y

Salam halli,

Saya akan dedahkan satu konsep kekayaan yang ramai orang
tidak tahu, dan ini menyebabkan mereka mengigit jari
setelah bekerja kuat berpuluh tahun tapi tak juga
kaya-kaya.

Apa sebabnya?

Apabila mendapat gaji setiap awal bulan, (tidak kira samada
RM500 atau RM10,000 sebulan), biasanya, perkara pertama
yang kita akan buat ialah berikan gaji kita kepada bank
(ansuran kereta, rumah dan kad kredit). Kita juga baik hati
dan berikan gaji kita kepada TNB, Astro, SAJ. Oh ya, tidak
lupa juga kita berikan gaji kita untuk jadikan Tesco, Giant
dan restoran mamak jadi lebih kaya.

Masalahnya ramai yang LUPA untuk berikan gaji kepada diri
mereka sendiri terlebih dahulu. Hasilnya selepas berkhidmat
selama 30-40 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan
melainkan kereta dan rumah yang masih berhutang dan duit
pencen yang cukup makan sahaja.

Jadi Rahsia kekayaan #8: Anda mesti membayar paling kurang
10-30% kepada diri anda terlebih dahulu, kemudian barulah
berikan kepada orang lain. Buatlah secara automatik,
melalui potongan gaji dan simpan dalam ASB, ASW atau dana
amanah lain.

Anda mungkin tidak percaya hebatnya rahsia kekayaan #8 ini,
lihat apa yang terjadi kepada pakcik Y menjana RM700,000,
dimana saya terbaca kisah beliau dalam satu blog baru-baru ini:


--- Kisah Benar Pakcik Y ---

Pakcik berkahwin awal tahun 80'an. Untuk 10 tahun pertama,
pakcik dan makcik berjimat2 cermat sakan. Pakcik simpan
dari RM1k, makcik dari RM500 sebulan dalam ASB/ASB,
kemudian tambah sikit2 bila ada promotion tanpa bermewah-mewah.

10 bulan setahun kami menabung, bulan raya dan bulan Disember
kami tidak menabung. Pakcik beli keto pertama model second
hand sahaja, tinggal pula dirumah sewa selama 7 tahun.

Kami tak pakai orang gaji. Shoping kat pasar malam saja.

Pada awal tahun 90'an berkat berjimat cermat dan menabung
dalam ASN/ASB - wang terkumpul termasuk dividen dalam ASB
pakcik&makcik masing-masing mencapai RM200,000+ dan RM100,000+
[Jumlah melebihi RM300,000].

Selepas tu pakcik dan makcik simpan sikit2 jer dan menikmati
pulangan yang lumayan. Hasil daripada pulangan kami telah
langsai semua hutang termasuk hutang perumahan makcik. Makcik
telah berhenti kerja pada tahun 1997 kerana pulangan pelaburannya
'mencukupi' untuk bekalan tua. Pakcik masih bekerja dan kini
berfikir untuk ambil persaraan opsyen.

Pada tanggal 2,Jan 2009 baru2 ni Pakcik dan makcik masing-masing
mendapat pulangan RM34,000+ dan RM16,000+ [jika dicampur jumlahnya
sekitar RM50,000] dari pelaburan ASB.

Kini jumlah dalam ASB pakcik=RM480,000.00+, dan makcik RM220,000.00+
[total RM700,000.00+] dan berjaya mengutip sekitar RM50,000.00
setahun…

Kini pakcik sedang timbang2 untuk bersara awal kerana pulangan ASB
dicampurkan dengan pension dijangka melebihi perbelanjaan tahunan -
boleh simpan atau gi holiday kat luar negeri. Pakcik hanya akan
keluarkan dividen sahaja setiap tahun, wang pokok dalam ASB biarlah
disitu sebagai pusaka untuk anak2.

Moral: Berjimat dan menabunglah sebanyak mungkin untuk sepuluh tahun
pertama, insyaAllah cerah masa depan.

Bila membeli kereta, pastikan harganya tidak melebihi 18 bulan
pendapatan, seelok2nya 12bulan sahaja.

Bila membeli sebuah rumah, jangan melebihi 50 bulan pendapatan.

wassalam

- Pakcik Y


---------


Masanya belum terlambat untuk anda laksanakan Rahsia Kekayaan #8,
BAYAR 30% KEPADA DIRI SENDIRI DAHULU, iaitu sasaran 30% daripada
gaji anda atau mulakan dengan 5% adalah lebih baik daripada
langsung tidak membayar apa-apa kepada diri sendiri.


Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain ;)


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam & Hisham


PS: Email terbaru yang saya terima...


"FLB PRO MEMANG SANGAT BERBALOI!!

Pertama sekali terima kasih kepada saudara nizam yang
banyak memberi tunjuk ajar.pada mulanya saya ragu-ragu
untuk join flb pro..tetapi dengan bukti kukuh dan lihat
testimoni orang2 yang dah berjaya buat saya tidak sabar
untuk menyertainya.

DAN TERNYATA HANYA 3 MINGGU MENYERTAI SAYA SUDAH MENDAPAT
KOMISEN RM2150+ DENGAN HANYA DUDUK DIDEPAN KOMPUTER SELAMA
20 MINIT SEHARI!PECAYALAH FLB PRO SATU PERNIAGAAN YANG
SANGAT MENGUNTUNGKAN!SANGAT RUGI JIKA LAMBAT MENYERTAINYA"

- Zul, Pelajar Teluk Intan


Lihat bagaimana saya Menjana RM2,150 dengan hanya 20 minit
sehari...

=> http://sumberpendapatan.com/rahsia

(C) Hakcipta Terpelihara
--------------------------------------------------------
To remove yourself from future mailing, click the link below.

http://ecommercemastery.com/mylist/remove.php?u=c45a203

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda perlu kenalan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada wang tambahan - dari tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kita juga boleh membeli anda sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...